Berpangkalan di Ipoh, Perak selama lebih 20 tahun, Farm Track Suppliers adalah pembekal alat ganti traktor yang dipercayai oleh petani dan kontraktor di seluruh Perak dan Malaysia. Lokasi kami yang strategik di Jalan Bendahara memudahkan pelanggan mengambil sendiri alat ganti pada hari yang sama, atau kami boleh menghantar terus ke ladang anda dalam masa beberapa jam.
Kelebihan Beli di Ipoh
Ambil Sendiri di Kedai
Datang ke kedai kami di Jalan Bendahara — stok siap sedia, boleh diambil pada hari yang sama semasa waktu operasi. Tiada tunggu lama.
Penghantaran Seluruh Malaysia
Kami hantar alat ganti ke seluruh negeri di Malaysia melalui perkhidmatan kurier. Tracking number disediakan untuk setiap penghantaran.
Stok Tersedia
Kami kerap menambah stok alat ganti popular. Stok tersedia atau boleh diperolehi dengan cepat.
Testimoni Pelanggan
"Kadang-kala, memang susah nak terangkan tentang produk yang kami inginkan dalam sektor ni. Tapi, buat business dengan Farm Track ni memang senang dan effective. Terutamanya pegawai pemasaran dari Farm Track (En Azwan). Servis dia memang terbaik, penerangan dan maklum balasnya memang cepat, tepat. Penghantaran barang-barang juga pantas."
— Mohd Fazril Bin Mohd Foizi, Sinaran Intan Enterprise
"Setakat ini, Farm Track adalah syarikat terbaik dalam penyumberan jentera pertanian. Walaupun hanya beberapa kali beli dari mereka, mereka tetap beri maklumat yang sangat membantu dalam semua aspek penyumberan jentera. Malah, semua kakitangan di Farm Track sangat peramah dan membantu."
— Harold Albert, All Green Agritech Sdn Bhd
"Saya tak sangka semua kakitangan Farm Track begitu peramah dan membantu. Mereka mudah faham keperluan saya dan berikan penyelesaian terbaik yang bersesuaian. Selain itu, semua alat ganti dan produk yang diimport dari luar negara adalah berkualiti terbaik."
Farm Track Suppliers membekalkan alat ganti traktor pertanian dari pelbagai negara Asia dan Eropah. Kami menyediakan alat ganti untuk jenama global seperti Kubota, Yanmar, John Deere dan banyak lagi. Misi kami adalah mendapatkan alat ganti dengan cepat dan kos efektif melalui rangkaian pembekal global.
Alat ganti biasa dihantar pada hari yang sama dari stok Ipoh kami. Alat ganti yang sukar dicari atau dihentikan pengeluaran akan diperolehi melalui rangkaian pembekal kami — biasanya 2–4 minggu setelah ditemui. WhatsApp kami butiran alat ganti atau model traktor anda untuk pengesahan ketersediaan dan masa penghantaran.
Hantarkan pertanyaan anda melalui ikon WhatsApp, atau emel kami di farmtrack76@gmail.com atau melalui Borang Pertanyaan di bawah "Hubungi Kami". Anda juga boleh berhubung dengan kami melalui FB Messenger!
Farm Track Suppliers sentiasa terbuka untuk mencari lebih banyak pembekal alat ganti berkualiti dari tempatan Malaysia atau Antarabangsa! Kami akan gembira jika anda boleh menghantar emel untuk memberitahu kami lebih lanjut mengenai syarikat anda.
Ya. Selain stok utama Kubota dan Yanmar, kami boleh dapatkan alat ganti Massey Ferguson, Ford, New Holland dan jenama lain melalui rangkaian pembekal kami. WhatsApp kami butiran alat ganti anda untuk pengesahan ketersediaan dan masa penghantaran.
Ya, kami boleh dapatkan alat ganti John Deere atas permintaan, termasuk untuk model lama dan yang dihentikan. Hantarkan model dan butiran alat ganti melalui WhatsApp.
Ya, kami ada stok Zoomlion dan boleh dapatkan alat ganti untuk jenama China yang lain. Alat ganti ini selalunya sukar dicari di Malaysia — hantarkan gambar atau butiran model kepada kami.
Ya. Selain traktor, kami membekalkan alat ganti enjin marin (termasuk Yanmar marine) dan alat ganti jentera am. WhatsApp kami model enjin atau butiran alat ganti anda.
Ya — kebanyakan pelanggan tidak mempunyai nombor part. Hantarkan model traktor, gambar alat ganti, atau keterangan masalah, dan kami akan kenal pasti alat ganti yang tepat untuk anda.
Ya, kedua-duanya. Kami akan beritahu alat ganti yang ada untuk setiap pilihan dan perbezaan harga, supaya anda boleh tentukan yang sesuai dengan bajet dan penggunaan jentera anda.
Ya, kami hantar ke seluruh Malaysia termasuk Malaysia Timur melalui kurier dan penghantar barang. Masa penghantaran bergantung pada lokasi anda — kami akan sahkan apabila anda membuat pesanan.
Kedua-duanya. Kami membekalkan bengkel, peruncit dan syarikat ladang secara borong, dan pekebun individu dialu-alukan untuk WhatsApp kami atau datang terus ke kedai Ipoh kami.