Di Malaysia, istilah "spare part" dan "alat ganti" digunakan secara bergantian oleh petani dan kontraktor. Farm Track Suppliers menyediakan kedua-dua spare part OEM (Original Equipment Manufacturer) dan replacement berkualiti tinggi untuk semua jenama traktor utama. OEM adalah komponen dari pengeluar yang sama seperti traktor anda — sama seperti yang dipasang di kilang. Replacement adalah alternatif yang dihasilkan oleh pengeluar bebas dengan standard kualiti yang setara, pada harga yang lebih jimat. Semua spare part kami diperoleh dari pembekal di Jepun, China, dan UK yang telah dipercayai selama lebih 20 tahun.
Jadual Spare Part
Berikut adalah kategori spare part traktor yang paling kerap kami bekalkan:
Oil filter, fuel filter, air filter, hydraulic filter
Kubota, Yanmar, John Deere
Transmisi
Gear, shaft, bearing, seal, synchro ring
MF, Ford, Kubota
Brek
Brake shoe, brake drum, brake lining
Semua jenama
Stereng
Steering pump, tie rod end, steering cylinder
Ford, MF, Kubota
Gandar Depan
Front axle parts, king pin, bushing, seal
Semua jenama
Elektrik
Alternator, starter motor, glow plug
Kubota, Yanmar
PTO
PTO shaft assembly, bearing, seal
Semua jenama
Cara Tempah
Tiga langkah mudah untuk mendapatkan spare part traktor anda:
WhatsApp Model Traktor & Part
Hantar mesej ke WhatsApp kami dengan model traktor (contoh: Kubota L2501) dan part yang diperlukan. Kalau ada gambar part atau nombor part, lebih baik.
Kami Beri Sebut Harga
Kami akan semak stok dan beri harga OEM dan replacement. Anda pilih yang sesuai dengan bajet.
Kami Hantar Ke Lokasi Anda
Selepas pembayaran, kami proses dan hantar ke alamat anda. Tracking number akan diberikan.
Farm Track Suppliers membekalkan alat ganti traktor pertanian dari pelbagai negara Asia dan Eropah. Kami menyediakan alat ganti untuk jenama global seperti Kubota, Yanmar, John Deere dan banyak lagi. Misi kami adalah mendapatkan alat ganti dengan cepat dan kos efektif melalui rangkaian pembekal global.
Alat ganti biasa dihantar pada hari yang sama dari stok Ipoh kami. Alat ganti yang sukar dicari atau dihentikan pengeluaran akan diperolehi melalui rangkaian pembekal kami — biasanya 2–4 minggu setelah ditemui. WhatsApp kami butiran alat ganti atau model traktor anda untuk pengesahan ketersediaan dan masa penghantaran.
Hantarkan pertanyaan anda melalui ikon WhatsApp, atau emel kami di farmtrack76@gmail.com atau melalui Borang Pertanyaan di bawah "Hubungi Kami". Anda juga boleh berhubung dengan kami melalui FB Messenger!
Farm Track Suppliers sentiasa terbuka untuk mencari lebih banyak pembekal alat ganti berkualiti dari tempatan Malaysia atau Antarabangsa! Kami akan gembira jika anda boleh menghantar emel untuk memberitahu kami lebih lanjut mengenai syarikat anda.
Ya. Selain stok utama Kubota dan Yanmar, kami boleh dapatkan alat ganti Massey Ferguson, Ford, New Holland dan jenama lain melalui rangkaian pembekal kami. WhatsApp kami butiran alat ganti anda untuk pengesahan ketersediaan dan masa penghantaran.
Ya, kami boleh dapatkan alat ganti John Deere atas permintaan, termasuk untuk model lama dan yang dihentikan. Hantarkan model dan butiran alat ganti melalui WhatsApp.
Ya, kami ada stok Zoomlion dan boleh dapatkan alat ganti untuk jenama China yang lain. Alat ganti ini selalunya sukar dicari di Malaysia — hantarkan gambar atau butiran model kepada kami.
Ya. Selain traktor, kami membekalkan alat ganti enjin marin (termasuk Yanmar marine) dan alat ganti jentera am. WhatsApp kami model enjin atau butiran alat ganti anda.
Ya — kebanyakan pelanggan tidak mempunyai nombor part. Hantarkan model traktor, gambar alat ganti, atau keterangan masalah, dan kami akan kenal pasti alat ganti yang tepat untuk anda.
Ya, kedua-duanya. Kami akan beritahu alat ganti yang ada untuk setiap pilihan dan perbezaan harga, supaya anda boleh tentukan yang sesuai dengan bajet dan penggunaan jentera anda.
Ya, kami hantar ke seluruh Malaysia termasuk Malaysia Timur melalui kurier dan penghantar barang. Masa penghantaran bergantung pada lokasi anda — kami akan sahkan apabila anda membuat pesanan.
Kedua-duanya. Kami membekalkan bengkel, peruncit dan syarikat ladang secara borong, dan pekebun individu dialu-alukan untuk WhatsApp kami atau datang terus ke kedai Ipoh kami.